Assalam.. Dengan nama Allah tuhan pencipta sekelian alam, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Aku mulakan blog ini dengan tujuan berkongsi kisah suka duka hidup ini..sebuah perjalanan menuju ke alam yang satu.. menuju kepadaMu Ya Rabb.. pengongsian ini juga untuk mereka yg senasib denganku.. mereka2 yg hidup dengan terpaksa berhutang dan berusaha mencari jalan keluar untuk keluar dari belenggu berhutang..
Setelah penat berhempas pulas, melalui liku-liku hidup.. Aku cuba bangun semula.. mencari nafas baru untuk memulakan episod baru dalam hidup ini.. Apa yang pasti, aku tidak lagi mahu menoleh kebelakang.. Aku redho dgn apa juga yang telah terjadi dan kuyakini ini adalah satu petanda Allah mengasihiku dan memberi aku peluang untuk bangun semula menyahut cabaran seterusnya.. Bila kaki sudah mula yakin untuk berdiri semula ku pandang terus kehadapan.. yang kunampak kini untuk membetulkan keadaan aku harus keluar dari belenggu hutang piutang yang kutanggung selama ini..
Teraba-raba aku mencari cahaya kehidupan dan dalam kepayahan juga kesedihan Allah menemukan aku dengan seorang yg kini menjadi khalifah dalam hidupku.. Khalifahku yang sabar dan banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.. Yang menghargai aku sebagai seorang wanita.. Ku syukuri nikmat yang Kau beri Ya Allah.. Allah memberi aku peluang kedua untuk merasai nikmat dan mengenal erti sebuah kehidupan yang tidak pernah aku rasai sejak mula mengenal dunia.. Khalifahku juga kini membimbingku untuk lebih dekat padaMu ya Allah..
Maka bermula la satu fasa baru dalam hidupku..